Wednesday, November 6, 2013

INILAH KEKASIH HATIKU..


ASSALAMUALAIKUM WBT
Inilah kekasih hatiku..

1.Inilah cinta sejatiku ..sangat penyayang..Bila aku perlukan dia ,pasti datang membantuku,Bila aku sedih ..dialah tempat mengaduku...alangkah tenangnye hatiku kerana Dia adalah kekasih hatiku...

2,Dia tak pernah sakitkan hatiku...dia ada disisiku menemaniku sepanjang masa kerana itu dia akan membuatkan diriku sangat gembira dan setiap kali teringat je aku pasti hubunginye,mm..itulah kekasih sejatiku...


3.Bila ku rindukanNya,sebuah kitab yg tak ternilai yg dia hadiahkan padaku..penuh dengan nasihat dan panduan,mmm...alangkah tenang je rasa hatiku kini...

4.Ku pernah bercinta dengan orang lain tapi dia pergi takan kembali lagi,alangkah kecewanya hatiku...tetapi kekasih hatiku ini sentiasa ada disisiku selamanya dengan memberiku semangat dan kekuatan untuk teruskan kehidupan...

Tahu tak ..???..aku sangat cemburukanNya kerana RAMAI yang jatuh hati denganNya....
Jesteru itu,aku haruslah bekerja keras sikit untuk mendapatkan kasihnya..kerana kekasihku itu tersangatlah sempurna!!!Tersangatlah Baiknya!!

Setiap malam aku sangat rindukanNya...aku pasti terjaga dalam pukul 4 pagi..dan aku akan menghubungiNya!DIA KEKASIHKU!!!RINDUNYA......

5.Sebenarnya kekasih ku ini mmg kaya dan tersangatlah pemurah sifatNya...apapun permintaanku ..tak pernah menghampakan sesiapa juga pun..Dia tanggung keperluan hidupku 100%...jadi aku mesti balas budi dia...ya HIDUPKU dan MATIKU HANYA UNTUKMU KEKASIH HATIKU..Itulah cinta sejatiku...

Dia suruh aku belajar kerana dia akan bertambah sayang kepadaku sekiranya aku rajin menuntut ilmu...dia kata ..kalau kita beramal tanpa ilmu,setiap amal yg ku dapat hanya sia-sia belaka...itulah kekasih hatiku memang tersangat bijak dan cerdik sekali kan...!!

6.Kekasih hatiku,walaupun kita tak pernah bertemu namun rinduku ini membuatkan aku menghitung detik-detik pertemuan yang Dia janjikan kerana aku tahu janjiNya adalah pasti...gementar,takut,seram pun ada..tapi ku pasti juga pengorbanan ku ini tidak sia-sia..

7.KepadaMu KEKASIH HATIKku..aku berjanji akan terus pertahankan cinta suci ini hanya untukMu,walau apapun terjadi,insyaAllah..kerana aku sentiasa menantikan saat bahagia pertemuan denganMu...wahai kekasih hatiku....

Perkenankanlah cita-citaku untuk menggapai cinta dan kasih sayang-Mu. Sesungguhnya, hidup dan matiku hanya untuk-Mu. Aku janji aku akan mencintai-Mu. Aku akan terus memburu mardhotillah sehingga denyut nafasku kembali ke pangkuan-Mu.

"Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku kerana Allah tuhan semesta alam.Tidak ada sekutu baginya dan keranaNya aku diperintah,dan aku termasuk yang pertama berserah diri"~(Al-An.am:162-163)

No comments:

Post a Comment