Wednesday, November 6, 2013

INILAH KEKASIH HATIKU..


ASSALAMUALAIKUM WBT
Inilah kekasih hatiku..

1.Inilah cinta sejatiku ..sangat penyayang..Bila aku perlukan dia ,pasti datang membantuku,Bila aku sedih ..dialah tempat mengaduku...alangkah tenangnye hatiku kerana Dia adalah kekasih hatiku...

2,Dia tak pernah sakitkan hatiku...dia ada disisiku menemaniku sepanjang masa kerana itu dia akan membuatkan diriku sangat gembira dan setiap kali teringat je aku pasti hubunginye,mm..itulah kekasih sejatiku...


3.Bila ku rindukanNya,sebuah kitab yg tak ternilai yg dia hadiahkan padaku..penuh dengan nasihat dan panduan,mmm...alangkah tenang je rasa hatiku kini...

4.Ku pernah bercinta dengan orang lain tapi dia pergi takan kembali lagi,alangkah kecewanya hatiku...tetapi kekasih hatiku ini sentiasa ada disisiku selamanya dengan memberiku semangat dan kekuatan untuk teruskan kehidupan...

Tahu tak ..???..aku sangat cemburukanNya kerana RAMAI yang jatuh hati denganNya....
Jesteru itu,aku haruslah bekerja keras sikit untuk mendapatkan kasihnya..kerana kekasihku itu tersangatlah sempurna!!!Tersangatlah Baiknya!!

Setiap malam aku sangat rindukanNya...aku pasti terjaga dalam pukul 4 pagi..dan aku akan menghubungiNya!DIA KEKASIHKU!!!RINDUNYA......

5.Sebenarnya kekasih ku ini mmg kaya dan tersangatlah pemurah sifatNya...apapun permintaanku ..tak pernah menghampakan sesiapa juga pun..Dia tanggung keperluan hidupku 100%...jadi aku mesti balas budi dia...ya HIDUPKU dan MATIKU HANYA UNTUKMU KEKASIH HATIKU..Itulah cinta sejatiku...

Dia suruh aku belajar kerana dia akan bertambah sayang kepadaku sekiranya aku rajin menuntut ilmu...dia kata ..kalau kita beramal tanpa ilmu,setiap amal yg ku dapat hanya sia-sia belaka...itulah kekasih hatiku memang tersangat bijak dan cerdik sekali kan...!!

6.Kekasih hatiku,walaupun kita tak pernah bertemu namun rinduku ini membuatkan aku menghitung detik-detik pertemuan yang Dia janjikan kerana aku tahu janjiNya adalah pasti...gementar,takut,seram pun ada..tapi ku pasti juga pengorbanan ku ini tidak sia-sia..

7.KepadaMu KEKASIH HATIKku..aku berjanji akan terus pertahankan cinta suci ini hanya untukMu,walau apapun terjadi,insyaAllah..kerana aku sentiasa menantikan saat bahagia pertemuan denganMu...wahai kekasih hatiku....

Perkenankanlah cita-citaku untuk menggapai cinta dan kasih sayang-Mu. Sesungguhnya, hidup dan matiku hanya untuk-Mu. Aku janji aku akan mencintai-Mu. Aku akan terus memburu mardhotillah sehingga denyut nafasku kembali ke pangkuan-Mu.

"Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku kerana Allah tuhan semesta alam.Tidak ada sekutu baginya dan keranaNya aku diperintah,dan aku termasuk yang pertama berserah diri"~(Al-An.am:162-163)

Tuesday, September 3, 2013

CINTA YANG HARUS DIMILIKI

                                                   pejuang cinta sejati : MENANTI + BERSABAR


Salman Al Farisi memang sudah waktunya menikah. Seorang wanita Anshar yang dikenalnya

sebagai wanita mukminah lagi shalihah juga telah mengambil tempat di hatinya. Tentu saja

bukan sebagai kekasih. Tetapi sebagai sebuah pilihan dan pilahan yang dirasa tepat.

Pilihan menurut akal sihat. Dan pilihan menurut perasaan yang halus, juga ruh yang suci.

Tapi bagaimanapun, ia merasa asing di sini. Madinah bukanlah tempat kelahirannya. Madinah

bukanlah tempatnya tumbuh dewasa. Madinah memiliki adat, rasa bahasa, dan rupa-rupa yang

belum begitu dikenalnya. Ia berfikir, melamar seorang gadis pribumi tentu menjadi sebuah

urusan yang pelik bagi seorang pendatang. Harus ada seorang yang akrab dengan tradisi

Madinah berbicara untuknya dalam khithbah. Maka disampaikannyalah gelegak hati itu kepada

shahabat Anshar yang dipersaudarakan dengannya, Abu Darda’.

”Subhanallaah. . wal hamdulillaah. .”, girang Abu Darda’ mendengarnya.

Mereka tersenyum bahagia dan berpelukan. Maka setelah persiapan dirasa cukup,

beriringanlah kedua sahabat itu menuju sebuah rumah di penjuru tengah kota Madinah. Rumah

dari seorang wanita yang solehah lagi bertaqwa.

”Saya adalah Abu Darda’, dan ini adalah saudara saya Salman seorang Persia. Allah telah

memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya.

Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah SAW" , sampai-sampai beliau

menyebutnya sebagai ahli baitnya.

"Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar puteri anda untuk dipersuntingnya.”,

fasih Abu Darda’ bicara dalam logat Bani Najjar yang paling murni.

”Adalah kehormatan bagi kami”, ucap tuan rumah, ”Menerima anda berdua, sahabat Rasulullah

yang mulia. Dan adalah kehormatan bagi keluarga ini bermenantukan seorang shahabat

Rasulullah yang utama. Akan tetapi hak jawab ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri

kami.” Tuan rumah memberi isyarat ke arah hijab yang di belakangnya sang puteri menanti

dengan segala debar hati.

”Maafkan kami atas keterusterangan ini”, kata suara lembut itu. Ternyata sang ibu yang

bicara mewakili puterinya. ”Tetapi kerana anda berdua yang datang, maka dengan mengharap

ridha Allah saya menjawab bahawa puteri kami menolak pinangan Salman. Namun jika Abu

Darda’ kemudian juga memiliki urusan yang sama, maka puteri kami telah menyiapkan jawapan

mengiyakan.” Jelas sudah. Keterusterangan yang mengejutkan, ironis, sekaligus indah.

Sang puteri lebih tertarik kepada pengantar daripada pelamarnya! Itu mengejutkan dan

ironis. Tapi saya juga mengatakan indah kerana satu alasan; reaksi Salman.

Bayangkan sebuah perasaan, di mana cinta dan persaudaraan bergejolak berebut tempat dalam

hati. Bayangkan sebentuk malu yang membuncah dan bertemu dengan gelombang kesedaran;

bahawa dia memang belum punya hak apapun atas orang yang dicintainya.

Mari kita dengar ia bicara.

”Allahu Akbar!”, seru Salman, ”Semua mahar dan nafkah yang kupersiapkan ini akan aku

serahkan pada Abu Darda’, dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!”

???

Cinta tak harus memiliki. Dan sejatinya kita memang tak pernah memiliki apapun dalam

kehidupan ini. Salman mengajarkan kita untuk meraih kesedaran tinggi itu di tengah

perasaan yang berkecamuk rumit; malu, kecewa, sedih, merasa salah memilih pengantar –untuk

tidak mengatakan ’merasa dikhianati’, merasa berada di tempat yang keliru, di negeri yang

salah, dan seterusnya. Ini tak mudah. Dan kita yang sering merasa memiliki orang yang kita

cintai, mari belajar pada Salman. Tentang sebuah kesedaran yang kadang harus kita

munculkan dalam situasi yang tak mudah.
Sergapan rasa memiliki terkadang sangat memabukkan. Rasa memiliki seringkali membawa

kelalaian. Maka menjadi seorang manusia yang hakikatnya hamba adalah belajar untuk

menikmati sesuatu yang bukan milik kita, sekaligus mempertahankan kesedaran bahawa kita

hanya dipinjami. Inilah sulitnya. Tak seperti seorang tukang parkir yang hanya dititipi,

kita diberi bekal oleh Allah untuk menggayakan nilai guna kurniaNya. Maka rasa memiliki

kadang menjadi sulit ditepis..

[Sumber: Jalan Cinta Para Pejuang - Salim A. Fillah]

BILA SEORANG PECINTA BERBICARA




BERTAFAKUR SEJENAK

Alhamdulillah hari ini, hari yang penuh barakah, seperti hari-hari yang selalunya. Betapa

nikmat Allah itu sangat luas. Jika hambaNya itu sedar akan nikmat NYA sebenarnya ia

amatlah tidak terhitung.

Hari-hari yang dilalui akan menjadi kosong dan cair ibarat ais yang diletakkan di bawah

cahaya matahari. Oleh itu pentingnya perkhabaran iman dalam diri. Bertambahkah? atau

berkurangkah?

Pasti pembaca ada sedikit kejemuan kenapa laman sesawang ini, terus menerus membincangkan

soal hati, iman, taqwa dan sebagainya, sedikit sahaja menyentuh soal politik, isu semasa,

idealisme malah bidang perubatan.

Jawapannya ialah kita manusia akan tidak dapat lari dari hakikat kemanusiaan. Kerana ia

adalah kesedaran jiwa hamba itu. Ana juga manusia biasa kadang-kadang boleh terus jatuh

dan down, tapi apabila ada peringatan, ia akan buat diri terus menerus bermuhasabah.

Kadang-kadang apabila kita meluahkan apa yang terbuku ia akan menerbitkan muhasabah untuk

diri sendiri, bukan untuk orang lain. Jadi mungkin ada sesetengah pembaca menyedari akan

perkara ini sehingga beliau berkata..

"Daripada keseluruhan blog ini, anda sebenarnya masih lagi mencari diri anda sendiri".

Betul! Hakikatnya ana sentiasa mencari diri yang masih lagi perlu dicambah, diserap dan

dirotan selalu dengan peringatan, amaran jua muhasabah. Yup! Dirotan. Dahulu waktu kecil,

ayah sering merotan untuk mendidik, sudah besar perlu merotan jiwa untuk peringatan.



MENGENAL  ALLAH

Ketenangan diri itu akan hadir apabila hamba itu mengenal Rabbnya. Ujian satu ketenangan,

yang mampu membuat diri itu selalu berfkir, muhasabah akan hidupnya. Kata orang ujian itu

warna kehidupan, tanpa ujian tiada warnalah kehidupan.
Mungkin ramai yang sedang menderita hati dan jiwa tapi mereka tidak menyedari akan

penderitaan itu kerana hati yang dahagakan iman tidak akan berbunyi seperti perut yang

lapar melainkan empunya diri sedar bahawa perlunya keseimbangan antara makanan rohani dan

jasmani.

Biasanya orang akan bertanya " Dah makan hari ini?"
Tapi jarang kita dengar " Iman dan cas hari ini?"

Walau apa pun bentuk muhasabah diri dalam mengingati hakikat sebagai hamba, Allah tak akan

tanya, yang penting, usaha kita ke arah itu, walau sedikit tak mengapa, asalkan istiqamah.

Teman-teman, renung sedalamnya setiap kejadian dalam diri kita sendiri, pasti kalian akan

merasakan Agungnya RABB itu. Jika kamu kenal diri kamu maka kamu akan kenal penciptamu.

Sama-sama kita cas iman, berbicara dengan Allah (tahajjud) pasti ketemu charger yang lebih

berkualiti.

IJLIS BINA NU'MIN SA'AH (duduk dan beriman sebentar )


p/s : Sedikit yang bermanfaat itu lebih baik dari banyak yang melalaikan.




Sunday, August 18, 2013

Perindu Cinta MU






Ya Rabb.
I don’t want to miss somebody more than you dear Allah..



Thursday, July 11, 2013

Erti Cinta Sebenar

Rindu..Cinta..Kasih..Sayang...

Sesuatu yang mampu buat kita bahagia..
Cinta...Satu yang mampu buat kita tertawa..Cinta...Jua mampu buat kita merana..Menangis..derita...duka...
Itu semuanya kerana cinta..kerana cinta kite terhadap manusia...


 Cinta ALLAH jualah cinta yang sempurna..cinta nyer buat kita rasa siapa diri Kita sebenarnyer..
" usah di tagih cinta insani kerana cinta nya tiada abadi..., tapi tagihlah cinta ILAHI kerna cinta bawa ke syurga abadi".....
Aku akui bait kata-kata tu..tapi..bukankah cinta insani kurniaan ilahi..
Fitrah setiap manusia inginkan cinta insani..memang itu satu fitrah, tapi dengan adanya cinta ILAHI ia akan membuatkan kite sedar untuk tidak terlalu menagih cinta insani..bercinta lah kerana ALLAH...bertemu berpisah tidak gelisah...percaya pada ketentuannya..
Yang penting.cinta pada yang satu..Sang maha Pencipta..selangkah kita dekat padanya..
Seribu langkah die dekat dengan kita..






Tuesday, July 9, 2013

*•☆°•✽✽※ INGIN TERUS BERSAMAMU ※✽✽•°☆•*

•Assalamu'alaik­um`warahmatulla­hi`wabarakatuh•

 .º♥ºː̗̤̣̀̈̇ː̖́ Bismillahirrahmanirrahiimi ̤̣̈̇ː̖́º♥º
Saat aku bersamamu begitu damai...
Saat aku bersamamu terasa begitu tenteram...
Saat aku bersamamu ...rasa tak ingin meninggalkanmu...
Saat aku bersamamu ingin terus memegangmu....
Saat aku bersamamu kau selalu bercerita banyak tentang duniaku....
Saat aku bersamamu kau selalu menasihatiku dengan bahasamu....

 Seandainya ku tahu apa maksud yang kau terangkan padaku,aku....
Pasti aku tak sanggup meninggalkanmu....
Tapi ku selalu mencuba terus belajar memahami bahasamu..

Aku mencintaimu.... .
Aku menyayangimu... .
Aku selalu menciummu ku memelukmu erat erat ...
Aku tak sanggup melepaskan pelukanku saat memelukmu....

Kerana aku pasti...didalam nya saja....
Kau akan  menghantarkanku beserta orang tuaku... kesurga nya ALLAH Subhanahu Wa Taala...

 Dan Kamu adalah AL QURAN...." selalu bersama hingga ajal menjemputku"





" SaLam UKHUWAH peNuh CINTA_Senyum_✿◠‿◠♥✿)

 Semoga Bermanfaat....